Wednesday, January 19, 2011

komen terbuka untuk MBPJ

Kadang-kadang terbuka juga hati nak luahkan apa yang terkena pada deria kita seperti yang terlihat, terdengar, terbau, terasa atau tercakap.  Saya bersiar-siar di Petaling Jaya dan apa yang saya lihat?

Saya lihat banyak perhentian bas baharu telah dibina.  Saya tak tahu siapa pihak yang membinanya.  Yang saya tahu strukturnya memang cantik:  dapat berteduh daripada hujan dan panas.  Ada yang berdinding diperbuat dari plastik yang membolehkan seseorang itu melihat menelusi dinding itu.  Saya kira ini baik dari segi keselamatan.  Yang tak baiknya, sekarang ini dinding-dinding itu sudah penuh dengan tampalan iklan siapa nak pinjam duit, sila hubungi telefon nombor sekian-sekian.  Iklan-iklan lain seperti jualan rumah bank lelong, rumah untuk disewa, rumah untuk dijual, kehilangan binatang peliharaan kesayangan dan bermacam iklan lain yang mengotorkan keadaan.
 
Saya lihat juga, iklan-iklan yang serupa tergantung atau ditampal pada tiang-tiang letrik, tiang-tiang lampu isyarat, dinding-dinding rumah kediaman dan banguan-bangunan kerajaan, tembuk pagar rumah kediaman dan divider di tengah jalan.  Pengiklan-pengiklan yang tidak bertanggung jawab ini juga menampal iklan pada billboard iklan besar yang dipasang secara sah oleh syarikat-syarikat yang telah mengeluarkan duit dengan banyaknya untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka.  Ada pula yang menumpang secara percuma.  Di mana letaknya pertimbangan kemaknusiaan mereka ini?  

Apakah tiada penyelesaian kepada masalah ini?  Bagi saya, ada dua cara bagaimana ia boleh diatasi.  

Pertama: melalui enforcement atau penguatkuasaan dengan bersenjatakan undang-undang yang berkuatkuasa.
  
Kedua:  Kita tanya diri kita "mengapa semakin banyak?"  Jawapannya, setiap seorang dari mereka yang tak waras fikirannya itu hanya pandai memikirkan, "kalau orang itu boleh buat iklan begitu dan tidak dikenakan apa-apa tindakan mengapa pulak saya tak boleh?" Kesudahannya kita lihat satu 'grafitti'  tampalan 'free for all.'  Penyelesaiannya:  Jangan biarkan walaupun satu tampalan bermula.  Bila ternampak satu, tanggalkan segera dan sambil itu penguatkuasaan hendaklah terus dijalankan. Bukannya susah sebab mereka buat kerja menggantung dan menampal itu secara terbuka tanpa segan dan silu.  Rajin-rajinlah ronda dan perhatikan sendiri.  

Jika tindakan-tindakan seperti itu dapat dijalankan secara berterusan, akhirnya nanti "something has got to give" dan pastinya mereka akan mengalah kerana banyak juga modal hendak dikeluarkan untuk mencetak dan mengupah pekerja untuk menampal dan menggantung iklan.  Di samping itu, ada juga risiko mereka diberkas secara mengejut dan terpaksa menghadapi peruntukan undang-undang.  Kalaulah pulak pihak berkuasa yang mengalah, tentulah ini pelik.  Pokok pangkalnya bak kata peribahasa orang Melayu, "Mahu atau tak mahu aje."

Renung-renungkan. 

Friday, January 14, 2011

Nasi kandar

Saya terbaca satu ruangan dalam akhbar tempatan baru-baru ini yang menyiarkan tindak-tanduk seorang Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri  mengetuai tindakan operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap sebuah restoran. 

Tindakan YB itu pada pendapat saya adalah dengan tujuan untuk mempastikan keadaan environment di sekitar Resotran itu bersih, selamat dan sebagainya.  Mungkin yang lebih diutamakan ialah restoran atau apa pun jenis premis perniagaan, hendaklah menuruti peraturan-peraturan di bawah enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri.  

Pada pengertian saya, struktur pemerintahan kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri terbahagi kepada tiga ia-itu Parlimen, Eksekutif dan Judiciary.  Di peringkat negeri strukturnya agak sama tetapi dengan ertikata ada perkara-perkara ia tidak boleh mengatasi  kuasa Parlimen.  Apa pun strukturnya, kita dapat lihat pembahagian dalam struktur itu memberi sempadan kepada kuasa. 

Saya agak hairan, bagaimana seorang ADUN yang ada peranannya dalam meluluskan enakmen sebuah negeri boleh turun ke padang dan menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan oleh pihak eksekutif yang ditugaskan untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan yang telah diluluskan.  Tindakannya juga boleh dianggap seolah-olah dia juga menjalankan tugas-tugas judiciary yang menginterpretasi sesuatu tindakan itu salah dan boleh dihukum.  Apakah YB itu sedar akan implikasi tindakannya.  Pada pendapat saya mungkin ada unsur-unsur yang memaparkan "Pertindihan Kepentingan" ia-itu melangkaui tanggungjawab pada seseorang atau sesuatu badan. 

Saperkara lagi yang menarik perhatian dalam akhbar itu saya terbaca ahli YB meluahkan rasa kesal dan tidak mahu lagi terlibat dengan tindakan seperti itu.  Sungguh mudah nampaknya.  Kalau lah tindakan yang telah dijalankan itu berlalu tanpa mendapat tentangan, pasti YB itu akan disanjung sebagai seorang yang "championing the cause".  Dan oleh sebab tindakannya itu memakan dirinya sendiri, dia membuat kenyataan yang mirip kepada kesalan atau minta maaf.  Ini bererti dia tidak menghadapi apa kerugian pun  tetapi cuma dia tidak mengaut apa-apa keuntungan atau "mileage" hasil dari tindakan itu. 

Sama-samalah kita renungkan gelagat dan kegairahan manusia.