Kadang-kadang terbuka juga hati nak luahkan apa yang terkena pada deria kita seperti yang terlihat, terdengar, terbau, terasa atau tercakap. Saya bersiar-siar di Petaling Jaya dan apa yang saya lihat?
Saya lihat banyak perhentian bas baharu telah dibina. Saya tak tahu siapa pihak yang membinanya. Yang saya tahu strukturnya memang cantik: dapat berteduh daripada hujan dan panas. Ada yang berdinding diperbuat dari plastik yang membolehkan seseorang itu melihat menelusi dinding itu. Saya kira ini baik dari segi keselamatan. Yang tak baiknya, sekarang ini dinding-dinding itu sudah penuh dengan tampalan iklan siapa nak pinjam duit, sila hubungi telefon nombor sekian-sekian. Iklan-iklan lain seperti jualan rumah bank lelong, rumah untuk disewa, rumah untuk dijual, kehilangan binatang peliharaan kesayangan dan bermacam iklan lain yang mengotorkan keadaan.
Saya lihat juga, iklan-iklan yang serupa tergantung atau ditampal pada tiang-tiang letrik, tiang-tiang lampu isyarat, dinding-dinding rumah kediaman dan banguan-bangunan kerajaan, tembuk pagar rumah kediaman dan divider di tengah jalan. Pengiklan-pengiklan yang tidak bertanggung jawab ini juga menampal iklan pada billboard iklan besar yang dipasang secara sah oleh syarikat-syarikat yang telah mengeluarkan duit dengan banyaknya untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka. Ada pula yang menumpang secara percuma. Di mana letaknya pertimbangan kemaknusiaan mereka ini?
Apakah tiada penyelesaian kepada masalah ini? Bagi saya, ada dua cara bagaimana ia boleh diatasi.
Pertama: melalui enforcement atau penguatkuasaan dengan bersenjatakan undang-undang yang berkuatkuasa.
Kedua: Kita tanya diri kita "mengapa semakin banyak?" Jawapannya, setiap seorang dari mereka yang tak waras fikirannya itu hanya pandai memikirkan, "kalau orang itu boleh buat iklan begitu dan tidak dikenakan apa-apa tindakan mengapa pulak saya tak boleh?" Kesudahannya kita lihat satu 'grafitti' tampalan 'free for all.' Penyelesaiannya: Jangan biarkan walaupun satu tampalan bermula. Bila ternampak satu, tanggalkan segera dan sambil itu penguatkuasaan hendaklah terus dijalankan. Bukannya susah sebab mereka buat kerja menggantung dan menampal itu secara terbuka tanpa segan dan silu. Rajin-rajinlah ronda dan perhatikan sendiri.
Jika tindakan-tindakan seperti itu dapat dijalankan secara berterusan, akhirnya nanti "something has got to give" dan pastinya mereka akan mengalah kerana banyak juga modal hendak dikeluarkan untuk mencetak dan mengupah pekerja untuk menampal dan menggantung iklan. Di samping itu, ada juga risiko mereka diberkas secara mengejut dan terpaksa menghadapi peruntukan undang-undang. Kalaulah pulak pihak berkuasa yang mengalah, tentulah ini pelik. Pokok pangkalnya bak kata peribahasa orang Melayu, "Mahu atau tak mahu aje."
Renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment