Friday, January 14, 2011

Nasi kandar

Saya terbaca satu ruangan dalam akhbar tempatan baru-baru ini yang menyiarkan tindak-tanduk seorang Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri  mengetuai tindakan operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap sebuah restoran. 

Tindakan YB itu pada pendapat saya adalah dengan tujuan untuk mempastikan keadaan environment di sekitar Resotran itu bersih, selamat dan sebagainya.  Mungkin yang lebih diutamakan ialah restoran atau apa pun jenis premis perniagaan, hendaklah menuruti peraturan-peraturan di bawah enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri.  

Pada pengertian saya, struktur pemerintahan kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri terbahagi kepada tiga ia-itu Parlimen, Eksekutif dan Judiciary.  Di peringkat negeri strukturnya agak sama tetapi dengan ertikata ada perkara-perkara ia tidak boleh mengatasi  kuasa Parlimen.  Apa pun strukturnya, kita dapat lihat pembahagian dalam struktur itu memberi sempadan kepada kuasa. 

Saya agak hairan, bagaimana seorang ADUN yang ada peranannya dalam meluluskan enakmen sebuah negeri boleh turun ke padang dan menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan oleh pihak eksekutif yang ditugaskan untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan yang telah diluluskan.  Tindakannya juga boleh dianggap seolah-olah dia juga menjalankan tugas-tugas judiciary yang menginterpretasi sesuatu tindakan itu salah dan boleh dihukum.  Apakah YB itu sedar akan implikasi tindakannya.  Pada pendapat saya mungkin ada unsur-unsur yang memaparkan "Pertindihan Kepentingan" ia-itu melangkaui tanggungjawab pada seseorang atau sesuatu badan. 

Saperkara lagi yang menarik perhatian dalam akhbar itu saya terbaca ahli YB meluahkan rasa kesal dan tidak mahu lagi terlibat dengan tindakan seperti itu.  Sungguh mudah nampaknya.  Kalau lah tindakan yang telah dijalankan itu berlalu tanpa mendapat tentangan, pasti YB itu akan disanjung sebagai seorang yang "championing the cause".  Dan oleh sebab tindakannya itu memakan dirinya sendiri, dia membuat kenyataan yang mirip kepada kesalan atau minta maaf.  Ini bererti dia tidak menghadapi apa kerugian pun  tetapi cuma dia tidak mengaut apa-apa keuntungan atau "mileage" hasil dari tindakan itu. 

Sama-samalah kita renungkan gelagat dan kegairahan manusia.

No comments:

Post a Comment